Forum Buku

Dalam penciptaan karya sastera sering dirasakan sebagai satu proses pengalaman yang bertitik tolak dari pengalaman yang pahit, bobot dan tekanan, seksaan dan kekecewaan. Tetapi proses itu bergerak maju juga dengan segala keperitannya sehingga akhirnya terbuahlah hasil dari keperitan itu... inilah barangkali nikmat dan puasnya menjadi sasterawan. Ada kesenangan dalam kepayahan. Ada nikmat dalam kegeloraan. Sasterwan Negara, Shahnon Ahmad: Seketul Hati seorang Pemimpim (1989:xiii)

Friday, October 27, 2006

E-Novel? Kebaikan dan Keburukan...

Kali ini saya ingin mengajak saudara dan saudari pelayar blog Forum Buku ini membaca tentang E-Novel. Mungkin ada di kalangan kita mula perasan bahawa kewujudan blog E-Novel sudah tidak boleh dipandang sepi lagi. Mereka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, semakin lama semakin banyak dan semakin memeriahkan industri penulisan ini. Banyak blog E-Novel yang saya layari dan baca malah ada sesetengah blog E-Novel ini menjadi kegemaran saya dan sentiasa teruja untuk membaca setiap episod.

Ruginya mereka kerana membiarkan hasil kreativiti mereka menjadi bahan bacaan ramai. itulah yang terdetik di hati saya ketika pertama kali berjumpa dengan blog sebegini. Kita tidak tahu siapa yang menjadi lawan dan siapa yang menjadi kawan di alam maya ini, manalah tahu mungkin ada di antara pembaca di luar sana yang menjadi penciplak.

Mari kita lihat apakah yang kebaikan dan keburukan daripada kewujudan E-Novel di internet.

Kebaikan?

>> Saya merasakan E-Novel adalah platform terbaik buat penulis muda atau penulis baru untuk mencari tapak dan nama.

>> Blog boleh dikatakan sebagai salah satu daripada promosi percuma yang menguntungkan. Tanpa perlu membayar apa-apa.

>> E-Novel di internet boleh dikatakan sebagai satu cara di mana penulis boleh membentuk peminat dan komuniti mereka sendiri.

>> Ruang untuk berkongsi pendapat dan idea sebelum sesuatu cerita atau karya itu di pindahkan ke dalam bentuk manuskrip. Sekurang-kurangnya penulis dapat meneka kehendak dan kemahuan pembaca secara lebih tepat.


Keburukan?

>> Ramai penulis E-Novel membiarkan karya mereka tanpa ada inisiatif untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cetakan.

>> Kebarangkalian untuk hasil karya diciplak adalah amat tinggi

>> E-Novel yang dikeluarkan oleh para penulis E-Novel kadang-kala tidak bermutu kerana ia tidak di periksa oleh mana-mana editor yang bertauliah

Ini hanyalah sebahagian rumusan yang saya buat secara rambang, kesibukan dan tuntutan kerja tidak memungkinkan saya melakukan banyak kajian secara terperinci.

Telah lama saya ingin menyuarakan suara hati saya, tidak adakah penerbit di luar sana yang ingin memberi peluang kepada penulis blog E-Novel menerbitkan novel mereka. Tidakkah boss-boss besar/ ketua editor syarikat penerbitan besar/ kecil di luar sana yang ingin menerbitkan karya penulis E-Novel ini. Sebenarnya jika anda hendak tahu, ada segelintir penulis E-Novel mampu menulis lebih baik daripada penulis yang punya novel berderet di kedai. Saya yakin anda juga setuju dengan pendapat saya ini.

6 Comments:

Anonymous insyirah said...

betul...saya setuju dengan FB..saya sentiasa mengikuti perkembangan novel & enovel di malaysia ni...saya akui memang ada di antara penulis enovel ni boleh dan mampu menulis dengan lebih baik..walaupun mereka ni baru tapi hasil tulisan mereka dapat menandingi penulis-penulis yang dah ada banyak novel...
saya pun setuju kalau syarikat yang menerbitkan novel-novel tu memberi peluang kepada penulis enovel ni untuk mencetak novel mereka dalam versi buku (cetak)..janganlah bila mereka hantar manuskrip terus reject sebab dah ada penulis senior yang pihak penerbit rasa karya senior lebih hebat dari yang junior tu..belum cuba belum tahu kan....

3:43 AM  
Anonymous Tuah Sujana said...

Salam. Saya kira ada baiknya isu ini dipanjangkan lagi kerana sekarang kita "dikejutkan" dengan pelbagai e termasuk e-novel. Molek jika kita boleh membuat perbandingan jujur dengan e-sastera yang wujud di Barat. Secara rasional, tentulah ada kebaikan dan kelemahan tertentu. Bagaimanapun, sudah kedengaran suara "menyampah" daripada penulis Malaysia untuk penerbit edisi cetak!

11:32 AM  
Anonymous Forum Buku said...

salam insyirah... benar seperti yang awak kata, diskriminasi tu berlaku di mana-mana saja. tetapi di harap penulis baru jadikan ia sebagai penguat semangat. Mungkin benar manuskrip mereka itu ada kelemahan di mana2. yg penting belajar dr kesilapan.

salam tuah sujana, insyaAllah akan saya panjangkan tetapi buat masa ini saya tidak punya masa terluang untuk membuat kajian secara terperinci. tuntutan kerja mengatasi segala-galanya. terima kasih juga krn sudi berkunjung ke blog yg tidak seberapa ini.

5:15 PM  
Anonymous Lia said...

hi forumbuku... saya ni penulis enovel.. baru lagi melangkah ke alam enovel ni.. semua yang mempunyai enovel kebanyakannya mempunyai impian nak buat buku sendiri. siapa yang tak nak kan? tetapi saya rasa penulis enovel ni kebanyakannya kurang pendedahan, bagaimana nak buat manuskrip? ke mana nak dihantar? semua benda ni kena fikir. paling utama takut tertipu...

Tapi bagi saya pula setakat ini saya lebih suka menjadi penulis enovel krn beberapa sebab antaranya ialah kebebasan dalam menulis, kita boleh tulis apa saja yg terlintas difikiran tanpa perlu mengikut konsep publisher atau pun panduan yang telah ditetapkan. sebenarnya kebebasan menulis lebih banyak memberikan kepuasan.

4:29 PM  
Blogger matapena said...

hi semua.....saya juga merupakan salkah seorang peminat enovel ni...maklumlah kita boleh baca novel free sape x nakkan..pada saya enovel ni blh dijadikan platform yang bagus bagi mereka2 yang berbakat dlm penulisan ni sblm mereka betul2 terikat dgn mana2 syarat-syarat syarikat penerbitan tertentu. Dalam kata lain...kat enovel ni... penulis ada freedom of writing!!pembaca pun seronok nak baca penulisan mereka ni....

10:36 PM  
Blogger puguna said...

hi semua.....saya juga merupakan salkah seorang peminat enovel ni...maklumlah kita boleh baca novel free sape x nakkan..pada saya enovel ni blh dijadikan platform yang bagus bagi mereka2 yang berbakat dlm penulisan ni ............

4:17 AM  

Post a Comment

<< Home